27 September 2012; abah dan ummi bermalam di Gold Coast Morib Hotel sebelum kami pulang ke kelantan dari shah alam. Ummi book hotel ini menggunakan voucher streetdeals dengan harga yang murah memandangkan ummi dah nak berpindah tinggal bersama abah di panji, kb.
Hotel ini terletak di tepi pantai morib, selangor. Pemandangan pada petang itu takdelah menarik sangat sbb air pantai sedang surut. Biliknya yang ada jakuzi lah yang menarik hati ummi untuk menginap di sini, dan hotel ini juga ada waterpark. Nanti muhsin dah besar, bolehlah ummi bawak datang main di sini yer..hehe..

Pagi keesokannya, sejurus bangun dari tidur, ummi cuba-cuba buat urine test. Memang ummi sudah rancang untuk buat test ini di sini :)
Alhamdulillah, keputusannya positive. Ummi terus beritahu abah. Kami berdua sangat gembira kerana tidak lama lagi kami bakal menyambut seorang permata hati sulung kami ;) Perasaan ummi bercampur-campur; gembira, confuse, risau, semua ada.

Selepas 'check out' hotel, kami singgah sebentar di rumah sewa ummi untuk mengambil barang-barang ummi dan kami terus bertolak. Kami singgah sebentar di rumah quarters hakim jadd di ipoh. Jadd dan wan gembira mendengar berita yang ummi mengandung :D
Mengikut plan asal, ummi dan abah akan bertolak balik ke kota bharu keesokannya. Tetapi, abah pulak demam, tak terbangun. Makan pun kene bersuap..'morning sickness' agaknya..hehe..
Kami bertolak balik ke kota bharu pada 30 September 2012, hari Ahad.
Sampai je kami di rumah tokmi, abah memberitahu tokmi tentang berita tersebut. Gembiranya tokmi, cik na, ammu uni dan ammu ili tidak dapat digambarkan. Sudah lama mereka menunggu cucu dan anak saudara pertama.

Alhamdulillah, berita bakal lahirnya seorang bayi sangat dinanti-nanti oleh semua orang. Semoga bayi yang bakal lahir itu membesar dengan baik dan sihat.